Peta minda adalah suatu lakaran yang
mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang
dikembangkan dari sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta cabang-cabang
kecil ini sebagai huraiannya. Peta minda
adalah sangat sesuai digunakan untuk membuat nota pada sesebuah topik untuk
suatu mata pelajaran berdasarkan prinsip penggunaannya. Selari dengan tujuan
peta minda iaitu peta minda membolehkan pelajar mencatat nota dengan mudah
serta mengingati sesuatu perkara dengan mudah di samping menggabungkan serta
menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar. Maka, peta minda amat sesuai dan tepat bagi
tujuan kajian ini agar pelajar dapat membuat, menyimpan dan mengulangkaji nota
dengan baik dan berkesan.
No comments:
Post a Comment